The phatness of mizz gorgeous eliza
19 September 2005
Detik 12.18 petang hari ini ,menjadi satu detik yg tak mungkin dapat dilupakan sepanjang kehidupanku.Berakhirnya riwayat seorang insan yg telah sekian lama menderita akibat penyakit barah payu dara.Hidupnya sejak tujuh tahun yg lalu penuh dgn liku-liku kehidupan yg amat memilukan.
Hari demi hari hidupnya tak menentu.Penuh dgn ubat-ubatan yg selonggok banyaknya.Hidup yg diselubungi 'phisiotheraphy' , 'kimotheraphy'. Bayangkanlah hidup nya kini bergantung kepada alat pembantu pernafasan.Tanpanya...entahlah...
Sukar untuk dikata-katakan...Tabahnya dirimu hanya Tuhan sahaja yg tahu.
Seminggu sebelum tarikh ini , dia telah dimasukkan ke wad atas alasan penyakitnya yg menurut doktor semakin hari semakin teruk..Apakan daya..terpaksalah akur akan arahan doktor.Mulai dari hari itu , ramai lah yg dari hari ke hari datang melawatnya di hospital.
Bergenang air mata mengenangkan nasibnya , kesakitannya..Dia tak mampu lagi bersuara. Walaupun ramai saudara mara , sahabat handai datang berkunjung, namun apakan daya dirinya yg semakin lemah,tanpa suara,tanpa daya..
Setiap air matanya yg menitis..Ya Allah...Tuhan saja lah yg tau akan isi hati insan ini.Apa yg dapat saya lihat , jiwanya meronta kesakitan..Ternanti-nanti apa yg bakal dilaluinya kelak..Bagaimanakah nasibnya , suaminya dan anak-anaknya?Namun apakan daya..
Sehari sebelum tarikh ini , menurut doktor , riwayatnya semakin hampir.Namun , keluarganya mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan berita sedih itu kepadanya.Dia kini tak dapat berkata apa-apa lagi melainkan airmata yg mengalir tidak henti-henti.
Hampir jam 3 petang , 18 September 2005 , doktor memberi nasihat supaya dirinya dibawa pulang ke rumah sambil yg lain menanti saat-saat akhir riwayatnya di muka bumi Allah ini.Maka , dia di bawa pulang.
Setibanya di rumah menaiki ambulan , segala persiapan pemergiannya telah disiapkan.Betapa pilunya hati ini melihat akan saat akhir kehidupan insan ini.Namun dia tahu akan keredhaan ahli keluargnya yg bakal menerima pemergianya kelak.Walau pun tak diluahkan dgn kata-kata namun jelas dari ruang matanya yg bersinar.Sinaran takungan airmata....
Tuhan lebih menyayanginya..Dalam usia 52 tahun , tepat jam 12.18 petang..dia pun menghembuskan nafasnya yg terakhir.Meninggalkan seorang suami yg selama ini tabah , cekal merentangi hari-hari akhirnya , seorang anak perempuan yg selama ini berkorban apa sahaja demi menjaga ibu tercinta dan seorang anak lelaki yg bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi,yg amat menyayangi dirinya....
Akhirnya pergilah seorang insan bernama Tengku Nor Jamiliah , ibu saudaraku...pulang ke rahmatullah..SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT &SEMOGA DIA DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YG BERIMAN..
AL-FATIHAH....
